Tanah Pertanian Kurang Dari 1 Ekar Tidak Boleh Dipindah Milik Seksyen 205(3) Kanun Tanah Negara
Sambungan bahagian ke 2 LOT LIDI BAGAIMANA IANYA BOLEH WUJUD DI MALAYSIA. Seterusnya kita perlu tahu tentang kenapa KTN Seksyen 205(3) menghadkan pembeli Tanah pertanian dari lot yang saiznya kurang dari satu ekar. Secara umumnya adalah bertujuan untuk menjamin tanah pertanian terus kekal digunakan untuk tujuan pertanian dan ekonomikal. Contohnya jika tanah pertanian 1 ekar dibahagi kepada 10 orang pembeli, jadi setiap orang memperolehi seluas 4350 kaki persegi untuk setiap orang dan keluasan sebegini adalah tidak ekonomikal untuk tanam sawit, getah dan lain lain. Namun penjual biasanya atas nasihat broker akan memecah mecahkan tanah pertanian kepada beberapa lot rumah yang kecil dan dijual kepada ramai pembeli. Untuk meyakinkan pembeli, bahawa mereka telah membeli dan memiliki lot tanah yang kononnya sah di sisi undang-undang, maka penjual akan mewujudkan "Perjanjian atau Surat Ikatan Amanah (SIA)" yang disediakan oleh pihak penjual bahkan peguam yang menyediakan nya. Penjua...