Jual beli hartanah melalui orang tengah yang tidak sah.

Sambungan bahagian ke 3

4 SEBAB KENAPA JUAL BELI HARTANAH MELALUI EJEN ADALAH LEBIH SMART.

3. Bila beli dan bayar booking hartanah melalui Broker, Vendor atau orang tengah yang tidak sah. Duit booking masuk dan tersimpan di poket mereka. Ini tidaklah menjadi satu kesalahan.

Sebaliknya duit booking hartanah yang dibeli melalui ejen, duitnya masuk dan tersimpan dalam akaun agensi yang biasanya diuruskan secara profesional.

Untuk tengok baik buruknya booking yang dibayar kepada dan melalui agensi adalah lebih selamat berbanding dengan urusan yang dibuat melalui vendor, broker secara perseorangan mari kita lihat contoh di bawah:-

Pembeli A berminat untuk membeli satu lot Bungalow di Putrajaya dan direct owner dengan harga rm 500k katakan.

Dia telah membayar booking sebanyak rm 15k pada hari ini 19/12/21 kepada vendor tersebut secara tunai dan diberi resit.

You all ingat apa yang vendor tu buat dengan duit rm 15k itu dalam masa 20 hari ?

Tiba tiba selepas 14 hari booking dibuat, semasa semakan akhir kelayakan pembeli, pihak bank dapati pembeli tidak layak untuk membuat pinjaman sejumlah itu dan transaksi pembelian hartanah berhenti di situ.

Dan buyer bercadang untuk mintak vendor refund balik duit booking tersebut. You all ingat apa akan jadi.

a. Terus dapat balik kesemua duit booking tersebut dengan mudah.
b. Mendapat duit booking tersebut secara ansuran.
c. Mendapat sebahagian daripada duit booking sahaja yang selebihnya kena kejar vendor hari hari.

Saya rasa inilah 3 pilihan terbaik yang kita ada. Lebih malang bila vendor off atau tukar nombor telefon, buyer call tiba tiba bunyi "nombor yang ada dail telah ditamatkan perkhidmatan nya" Huru hara buyer dibuat nya.

Tetapi keadaannya berbeza jika buyer membeli hartanah melalui ejen dan membayar booking kepada agensi.

You all ingat apa yang agensi buat dengan duit booking itu dalam masa 20 hari ?

Katakan lah tiba tiba vendor kedua yang juga isteri kepada vendor pertama tidak mahu jual dan proses jual beli akan berhenti kerana sebab itu.

Dalam kes sebegini buyer ada dua pilihan:-

a. Minta ejen cari hartanah lain yang lebih kurang sama kriterianya dengan  hartanah pertama tersebut dan ini adalah mudah untuk saorang ejen InShaaAllah.

Hal yang seperti ini sudah pasti tidak dapat dilakukan untuk pembelian direct vendor sebab vendor hanya ada hartanah yang itu sahaja.

b. Buyer boleh hubungi ejen untuk mintak agensi refund balik booking mereka.

Agak agak egensi akan tukar nombor telefon dan paling teruk tutup opis tak, sedangkan dia ada beribu bizpartner di sekelilingnya, di seluruh negara, nama dan alamat agensi dan board of directors mereka didaftar dan ada dalam simpanan pihak berkuasa. 

Saya percaya dan yakin sudah tentu tidak dan buyer InShaaAllah akan dapat balik semula wang booking mereka.

Walaupun ada prosesnya tetapi pengalaman saya mengatakan pihak buyer akhirnya dapat balik wang booking mereka secara mudah.

Itulah perbezaan ketara antara booking melalui ejen berbanding booking melalui vendor, broker atau orang perseorangan yang tidak sah sebagai ejen.

Duit booking anda lebih selamat jika dibayar kepada dan melalui agensi hartanah.


Bersambung kebahagiaan seterusnya.

#RozlanPerundingHartanah
#BankHartanah
#RozlanRealEstateNegotiator

Maaf saya bukan mencari musuh, saya hanya cerita fakta.

Comments