Tanah Pertanian 1 ekar ke atas dibenarkan untuk dipindah milik - Seksyen 205(3) KTN
Sambungan bahagian 1
LOT LIDI BAGAIMANA IANYA BOLEH WUJUD DI MALAYSIA.
a. Tanah kategori bangunan dan industri biasanya tiada masalah jika tanah tersebut dijual kepada ramai orang, walaupun tanah tersebut kecil saiznya dan semua nama pembeli boleh didaftarkan dalam geran.
b. Berbeza dengan tanah pertanian, seksyen 205 (3) Kanun Tanah Negara (KTN) membenarkan tanah pertanian dipindah milik (dijual) dalam kadar keluasan 1 ekar minima untuk satu orang penama.
Contohnya untuk dua ekar tanah hanya boleh dijual atau dipindah milik kepada dua orang sahaja.
Untuk tanah yang kurang dari dua ekar contohnya 1.5 ekar ianya boleh dipindah nama hanya kepada satu orang sahaja.
Namun begitu KTN tidak menghadkan pemilik bagi kes tanah pusaka yang dipanggil 'Turun Milik' bukan 'Pindah Milik'
Tanah pertanian si mati boleh diturun milik atau diwarisi oleh seberapa ramai warisnya sebagai contoh jika si mati ada 5 ekar tanah pertanian dan ada 15 orang warisnya maka tanah tersebut boleh diturun milik kepada kesemua 15 orang warisnya tersebut. Itu yang kita dapati dalam tanah pusaka pertanian terdapat lebih daripada satu nama untuk satu ekar tanah.
Bersambung kebahagian seterusnya.
#RozlanPerundingHartanah
#BankHartanah
#RozlanRealEstatNegotiator
Comments
Post a Comment