KENALI JENIS JENIS LOT RUMAH.
CORNER LOT, END LOT, END LOT WITH LAND & INTERMEDIATE LOT.
Sebelum kita pergi kepada perbincangan topik lain yang panjang, hari ini mari kita kenali dulu istilah Corner lot, End lot, End lot dengan tanah dan Intermediate lot.
Anda sering jumpa perkataan "#CornerLot" dan "#EndLot atau #End LotwithLand" dan "#IntermediateLot" dalam iklan yang berkaitan hartanah terutama untuk rumah jenis teres atau townhouse.
Rumah teres lot tengah (intermediate lot) senang mudah difahami serta dikenali.
Tapi bagaimana anda boleh mengenali bahawa rumah ini adalah corner lot dan ini adalah end lot atau end lot with land.
Ketiga tiga jenis rumah ini mempunyai ciri ciri yang berbeza seperti dibawah:-
1. Rumah Corner lot ada rumah teres yang terletak dihujung deretan rumah yang mempunyai rekabentuk yang berbeza dengan reka bentuk rumah tengah dan mempunyai tanah.
2. Rumah End lot adalah rumah teres yang juga terletak dibahagian hujung deretan bangunan rumah, yang mempunyai rekabentuk yang sama dengan rekabentuk rumah tengah dan tidak mempunyai tanah.
3. Rumah End lot dengan tanah, adalah rumah yang terletak di bahagian hujung deretan rumah yang mempunyai rekabentuk yang sama dengan rekabentuk rumah tengah dan ditepi nya ada tanah.
Itulah antara ciri ciri asas yang membezakan antara ketiga-tiga jenis rumah tersebut dan kebiasaannya ia mempunyai harga yang berbeza serta peminat yang juga berbeza.
Semoga memberi manfaat kepada anda diluar sana yang sedang mencari rumah untuk dibeli.
#JualBaliSewaRefinanceHartanah - hubungi 0145000767
#RozlanProperty
#BankHartanah
#RealEstate
#https://www.facebook.com/rozlan.anda
Comments
Post a Comment