4 SEBAB KENAPA JUAL BELI HARTANAH MELALUI EJEN ADALAH LEBIH BIJAK.

Sambungan bahagian ke 2

4 SEBAB KENAPA JUAL BELI HARTANAH MELALUI EJEN ADALAH LEBIH BIJAK

2. Pembelian terus dari pemilik atau dengan broker anda berkemungkinan akan bertemu harga sesuka hati, harga begini ada masanya merugikan pihak buyer dan ada masanya merugikan pihak owner.

Adakalanya dengan harga ini transaksi tidak boleh dibuat kerana kerana ada lebihan bezaan harga yang tidak diluluskan oleh bank dan jika buyer ada duit cash sendiri buyer mungkin akan bayar sejumlah harga bezaan tersebut tetapi jika buyer tak ada duit sudah pasti transaksi itu akan berakhir di situ.

Satu perkara yang benar adalah kebanyakan orang, owner atau buyer tidak tahu harga pasaran sebenar di sesuatu kawasan dalam sesuatu masa. 

Sebaliknya kalau dibeli melalui ejen biasanya harga hartanah yang hendak dijual beli tersebut sudah disemak dengan pihak yang berautoriti yang tugasnya memang menilai dan menyemak harga sesebuah hartanah itu.

Dan biasanya harga ini adalah harga yang adil untuk semua pihak iaitu pihak penjual dan pihak pembeli selain dari mudah untuk mendapat pinjaman. Kerana kelulusan pinjaman bank juga bergantung kepada nilaian yang dibuat oleh valuer. 

Kenapa ? sebab mudah nya ialah ejen tahu kalau harga jual lebih tinggi dari nilai harga pasaran, susah mereka ejen nak close deal dan transaksi penjualan tidak mungkin berlaku. 

Jadi solution nya ejen akan advise owner tentang harga adil yang senang dan boleh dijual.

Bersambung kebahagiaan seterusnya.

#RozlanPerundingHartanah
#BankHartanah
#RozlanRealEstateNegotiator

Comments